Sunday, 8 September 2013

10 Tembok Bersejarah di Dunia

10. Tembok Berlin - Jerman Tembok ini berdiri kukuh di bandar Berlin selama 28 tahun, sebagai peringatan akan kejadian mengerikan semasa Perang Dingin. Tembok ini seakan adalah bentuk nyata dari "Tirai Besi". Tembok ini berdiri mulai tahun 1921 sampai dengan 1989 yang berakhir dengan dihancurkannya tembok ini sebagai tindakan nyata dari berakhirnya Perang Dingin. November 2009 ini adalah perayaan 20 tahun berakhirnya kuasa "teguh" tembok pemisah ini.
9. Tembok Kremlin - Moscow Tembok dari bata merah yang satu ini malah sudah berdiri selama 700 tahun. Panjang tembok ini mencapai 1.4 batu dan mengelilingi Padang Merah. Ada empat gerbang dari zaman abad pertengahan yang masih berdiri kukuh dengan 20 menara di sepanjang tembok ini. Di dalam tembok ini terdapat mausoleum tempat bersemayam jenazah para pemimpin tertinggi Rusia seperti Stalin dan Brezhnev.
8. Tembok Barat - Yerusalem Tembok yang dikenali juga dengan nama Tembok Ratapan ini, mempunyai pelbagai sejarah unik. Tembok yang dikenali sebagai al-Buraq ini adalah tempat dimana Nabi Muhammad memelihara kuda-kuda miliknya. Sementara umat Yahudi menganggap bahawa tembok ini adalah tembok untuk meratapi kehancuran Sinagog Yahudi.
7. Tzompantli - Mexico Di runtuhan Chichen Itza, anda akan menemui tembok Tzompantli, atau Tembok Tengkorak. Sejarah tembok ini memang menyeramkan, di zaman suku Maya berkuasa, tengkorak korban ritual diletakkan di dalam tembok ini. Tembok ini sendiri dihiasi dengan relief-relief tengkorak dan juga pelbagai gambar mengenai ritual yang ada pada masa tersebut.
6. Tembok Hadrian - Inggeris Tembok ini dibina pada abad ke dua kerana maharaja Rom pada masa itu, Hadrian, sudah bosan berperang. Tembok yang dibina membentang dari Laut Utara sampai ke Laut Ireland dan pada saat itu, tembok tersebut merupakan batas dari empayar Rom.
5. Medinet Habu - Mesir Tembok yang dikenali sebagai Medinet Habu ini adalah tembok terakhir yang berdiri dari Kuil persemayaman Ramsses III. Tembok ini dibina pada abad 12 SM.Tinggi tembok ini mencapai 60 kaki (hampir 18 meter) dan dipenuhi dengan 75,000 kaki persegi hiasan dan relief sejarah
4. Tembok Besar-China Pembangunan tembok ini bermula pada tahun 221 SM dan terus berkembang sampai 17 Abad. Tembok yang baru ditemui "patahan" yang selama ini tersembunyi ini akhirnya mempunyai panjang 4,000 batu. Sebahagian besar tembok ini pernah digunakan oleh para atlet perlumbaan basikal selama Sukan Olimpik Musim panas 2008.
3. Santa Maria delle Grazie - Itali Mungkin anda tidak pernah mendengar namanya. Tapi anda pasti tahu mengenai lukisan "Makan Malam Terakhir" karya Leonardo Da Vinci. Lukisan dinding (mural) buatan Leonardo ini dibuat di tembok ini. Lukisan "Makan Malam Terakhir" ini diselesaikan pada 1498. Walaupun sebahagian besar tembok biara ini hancur pada 1943, tapi tembok yang satu ini sama sekali tidak tersentuh!
2. Monster Hijau - Boston Para pecinta sukan tidak akan melupakan tembok setinggi 37 kaki (10 meter) yang dinamakan Green Monster di Fenway Park, Boston. Tembok yang pernah hancur pada 1934 kerana kebakaran, kembali dibina dan terus diperbaharui. Tembok ini sekarang dibina dengan dilapisi plastik keras dengan dihiasi papan angka model kuno, sebagai kenangan atas masa lalu,
1. Tembok Memorial Veteran Vietnam, Washington, AS Tembok yang satu ini memang bukan tembok tertua, tapi sekurang-kurangnya tembok ini selalu dikunjungi banyak orang tiap tahun.Tembok ini selesai dibina pada 1982 dan ditorehkan lebih dari 58.000 tentera Amerika yang gugur atau hilang semasa operasi di Vietnam pada 1959 sampai 1975. Beberapa tembok menyenangkan, beberapa yang lain mempesona, bahkan membuat kita bertanya-tanya, tapi sekurang-kurangnya, apa sahaja yang anda rasakan ketika melawat tembok ini, sekurang-kurangnya kunjungan itu tidak akan dilupakan begitu saja.

No comments:

Post a Comment